Dengan Lafaz Bismillah, bermulalah lafaz akad nikah.
Dengan Lafaz Alhamdulillah, berakhirnya lafaz itu dengan mudah.
TAHNIAH!!!
Alhamdulillah Raja Sehari sudah ku temui.
Sahabat bersama-sama dalam k19.
Dunia itu kecil-Jodoh itu dekat-Maut itu Dekat *Ada ke jodoh Jauh??...
Seronok jugak dapat ketemu sahabat sahabat yang sudah lama tidak bertemu
Puas jugak menunggu Raja Sehari untuk bergambar bersama
DNP-BLP, untunglah cukup kourum nak bergambar...
K7-PNK-DNT, tengok sahaja DNP-BLP yang cukup kourum bergambar dengan Raja Sehari...sedihnyer hidup~
Hmm..sejujurnya penangan kata-kata seorang sahabat mengubah keputusan ku di saat akhir.
Perutusan Raja yang murka saat patik ini telah menyampaikan berita bahawa patik tidak dapat menemui Raja dan Permaisuri.
Terkejut tak Patik hadir???huhu... Ingat senang ke nak keluar rumah... Tengok cara aku jalan, memang Parent aku tak yakin nak bagi aku naik kenderaan awam...
Alhamdulillah ada 'Limosin' datang menjemput.
Sahabat-sahabat k19 yang ikut gerak sama aku memang dapat sampai Sejam je ke Rumah Pengantin dari rumah aku. Tak perlu ikut Pekan Seremban.
Tapi kan, sejarah Bukit Putus memang aku tak berminat sebabnya kalian boleh 'Google'...hehe...
Fisio...tak pergi 'consult' pun!
Doktor...sekali sahaja pergi...tapi Doktor Pakar aku tak jumpa lagi...
Tapi berharap jikalau dapat bertemu dengan Doktor Pakar, 'I get positive comment' aamiiin.
Syaqina, kecil-kecilnya jangan dipandang -rendah seperti Abdullah-.
Suhaiza pun datang!!! Sibuk-sibuk dan letih-letih dengan 'posting' hadir jua.
Amirah a.k.a. K.Long...mimik muka memang TerBaiklah!!! Suke tengok Syaqi 'shoot' Mira~
Nisa, pasangan Kembar Siam Mira...huhu... Kalau berdua dengan Anna, memang nak bercerita sahaja...haiishh...*nak cemburu ke tidak????
Ishmah, memang macam Mak Orang...(Siapa setuju dengan fakta yang boleh dikatakan auta jua ini, Simpan sahaja dalam hati masing-masing =P) Air Teh sedap!
Wahida, kasihan tak dapat tidur dalam kereta, sebab asyik fikir Chess-Chess-Chess... Biasalah, ambil masa untuk bagi fikiran kita dapat menjadi normal (memang tidak normal lah kalau terbawa-bawa Chess sampai ke luar Gombak)
Athirah!!! Siapa buli siapa???haha... Paling suka kalau orang tangkap gambar dia... Tapi yang peliknya, gambar dia mesti statik ataupun sama sahaja seperti gambar yang sebelum itu...*'no offense dear, just for Gag nor Laugh' XD
Shahrul, okay apa gambar yang aku pilih untuk letak dalam Album K19 Present...hehe... Strawberry itu comel~ Dari Gahai memang ang suka bawa 'family" jalan-jalan...haha...cuma tak bawak anak-anak sahaja seperti di Gahai... =P
Amir, gambar Hijau ang inshaAllah tidak akan terlihat sangat dek orang-orang anti Hijau mahupun yang pesimis dengan Hijau... Gambar itu aku pilih sebab, belon-belon berwarna hijau 'sriking'...
Abdullah, Canggih juga GPS ang, boleh tengok kat tapak tangan ang sahaja, tak perlu GPS berteknologi. Kat Pilah boleh pula ang ingat jalan, nak hantar aku balik langsung tak ingat...waduusss
Fadzrin, gambar ang paling best idea, pasti sesiapa yang lihat gambar ang tidak akan lupa!...huhu... Ucapan ang memang ringkas&bermakna bak kata biro DnPians...bukan senang nak dapat~
Naim-Ali-Syafiqah, sedihnya kalian bertiga tidak turut sama. Tapi apakan daya, perancangan Illahi itu lagi Hebat. K7 punya gambar lepas ini kena ada dengan bakal-bakal pengantin k19 yang lain...
Kata-kata mahupun doa yang ku minta, hanya dua orang sahaja yang beri
Pakai 'Morse-Code' nak tulis nama mereka sebab nak kalian belajar bahasa baru.. Aku tak mampu hafal lagi. Tapi memang seronok pakai 'Morse-Code', cuma akan jadi pening kepala lepas beberapa lama tengok perkataan yang di tulis..
Cincinnya cantikkan???batunya yang warna hijau itu sahajalah yang cantik bagi aku.
Yang ini pun, batu yang berwarna hijau itu yang cantik bagi aku.
Aku suka pada batu-batu permata berwarna hijau, kalau nak beli gelang mahupun cincin mesti nak pilih warna hijau. Tidak dilupakan, kerongsang pun sama...
"GREEN is the COLOUR of NATURE"
Yang seronoknya pergi walimah sahabat ini apabila kita dapat bertemu dengan sahabat-sahabat yang kita tidak berkesempatan untuk bertemu.
Aina Nasuha, tak sengaja hilang tanpa khabar berita. Semuanya berlaku dengan pantas, memang tak sempat nak ucapkan Salam Perpisahan.
Lili-Nafisah-Syifa (Mira, aku tak berkesempatan berjumpa, hanya tengok dari jauh sahaja), sahabat yang memang rapat tak kira tempat. Nafisah, maaflah, lama sangat tak bersua dengan Syifa yang penuh dengan RahSia lagi dengan aku.
Oh ya, terlupa masukkan adik dua orang lagi, tak adil pula macam adik-adik itu tak 'join' the club sahaja.
Syarihin & Iwwana, ada tersilap panggil nama...Maaf. Kasihan pula jadi mangsa kakak-kakak untuk 'tolong" tangkap gambar.
Sahabat-sahabat lain pun tak tercukup jari nak menaip bait-bait kata dari fikiran ku.
Khadijah, memang Enjoy dapat 'join' program Hipee... *Kenapalah ajak akak pada program yang memang 'impossible' akak nak pergi... Adeh...
Kenangan indah itu ada, sebaliknya pun ada.
Kadang-kadang ada saja orang yang kita tidak mampu berbicara mahupun bersua muka. Mungkin itu pilihan yang dibuat dalam diri masing-masing. Tapi bab ber-SMS memang okay saja.
BARRIER~
No comments:
Post a Comment