Anjuran 8 NGO
Sewaktu sampai di situ tidak ramai yang terlibat sama. Yang diketemui adalah Wanita dari Ikram dan Hewi PKPIM(saya salah seorang dari perwakilan NGO ini).
Serba sedikit taklimat dari Kakak wakil Ikram (tak ingat nama, ceq ingat muka je). Macam mana perjalanan mahupun pergerakan Kempen Mawar Putih di Taman KLCC.

*Setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki di KLCC, akhirnya ku jejak jua.
Ingat senang ke nak keluar ke tempat-tempat macam ni? Ceq jenis yang suka keluar kalau penting, tak penting mana hangpa sume jangan duk beria-ia nak ajak ceq keluar sama, konfem ceq tolak.
#Seriously, there's a lot of people. It's gives me a headache. Don't like to be in a crowd anyway.
Saya pegang play-card dan juga tolong edarkan flyer kepada pengunjung-pengunjung di situ.
Agak menguji diri juga apabila kita harus berdepan dengan masyarakat agar message yang ingin disampaikan dalam kempen ini mampu difahami oleh mereka.
Takkan nak mengharapkan kumpulan-kumpulan kami yang tak ramai mana ni sahaja yang beria-ia berkempen untuk kesedaran masyarakat.
Oh ya, sebelum terlupa...
Mesti nak tahu kan APAKAH KEMPEN MAWAR PUTIH???
Ianya bukan bermaksud Cinta Yang sedang berputik antara Couple.
Tapi ianya adalah Kempen Lindungi Kanak-Kanak Daripada Keganasan.
Mawar Putih memberi erti anak yang suci yang memerlukan perlindungan.
Membawa erti kasih sayang kita pada kanak-kanak.
Takkanlah kita tak kasih pada kanak-kanak? Kita pun pernah melalui zaman kanak-kanak. Pasti kita harus lebih memahami kanak-kanak.
[Sejujurnya, aku suka hangout dengan seorang anak IKRAM .. Budak tu sorang je yg cool je bile aq tegur.. Darjah brape ek budak tu kte x ingt...hihi]
[Yg paling best bile dpt bunga Ros Putih = Cinta berPutik..perghh feeling romantic pulak]
No comments:
Post a Comment