Belajar - Dakwah
Kedua-duanya bergerak seiring. Must know how to be moderate in involving ourselves in this both.
Belajar itu penting kerana ia berkenaan isu ilmu. Ilmu itu menurut SMN Al-Attas, ilmu itu bermaksud kehadiran makna pada diri dan kehadiran diri pada makna.
Allah SWT mengangkat darjat mereka yang menuntut ilmu.
Perlu untuk jaga 5 hak untuk menjaga hak kita sendiri:
1) Allah SWT - Solat mencegah kemungkaran. Perkara pertama yang akan ditanya di akhirat adalah solat itu sendiri. Bersungguh-sungguh menjaganya.
2) Al-Quran - Apa guna Allah SWT bagi kita dalam usaha-jerih Rasul. Malaikat Jibril a.s ada menekankan tentang 'Iqra.
3) Rasulullah SAW - Perjuangan dakwah kita sunnah Rasulullah.
4) Keluarga
5) Saudara
Ilmu ini sifatnya 'Cahaya''. Yang menerangkan diri dalam kegelapan. Apabila hati kita gelap, sukar untuk ilmu masuk.
--- Tingkatan Iman kita di tahap mana?
Ilmu yang kita belajar seharusnya meningkatkan keimanan kita bukan menjadikan tahap keimanan kita pada tahap sama.
Belajar serta berusaha untuk menyucikan diri kita.
Kita perlu semak semula keadaan hati kita, dalam usaha menyucikan hati. Perlu untuk kita manfaatkan masa kita untuk perkara kebaikan.
Saling mendoakan untuk orang lain jua.
Belajar merupakan amanah kita. Perit jerih ibu bapa kita berusaha menghantar kita untuk belajar.
Jikalau kita tidak jaga amanah itu dengan betul, ia akan memberi impak pada masa akan datang.
Tujuan utama kita hidup?
Apa yang kita buat niat kerana Allah SWT.
Pastikan apa yang kita belajar memberi manfaat pada diri dan masyarakat.
Al-Fatihah ini ada kelebihannya tersendiri.
Kita belajar ini untuk mencapai Rahmatan Lil Alamin.