Tuesday, January 29, 2013

Pictures - SUKMA

SUKARELAWAN MUDA '12

Minoriti Lelaki...hehe

‘HoMeLeSS PeoPLe’!!! [3]



Tak terniat pun nak main tulis bersiri-siri ni… Dah panjang sangat yang ingin dikongsikan. Kalau den bagi sekali banyak, bukan sume larat nak baca sangat. PeRCaYaLaH~~~

Hidup mereka berbeza dengan kita. Yang kecil mahupun kanak-kanak ‘homeless’ tidak dapat merasai kebahagiaan kanak-kanak yang lain.

Tidur mereka beralaskan lantai sahaja ada, suratkhabar dan mungkin kotak saja. Kita tidur di atas tilam yang empuk. Kalau tidur atas lantai pun, tidaklah lantai rumah kita itu sekotor lantai yang di kaki lima. Rumah kita still tertutup dan tiada gangguan bunyi kenderaan. Tidur mereka ditemani bunyi kenderaan, asap mahupun udara yang tidak bersih.

Aku sendiri pun mungkin tak mampu hidup dalam suasana seperti mereka hidup.


‘HoMeLeSS PeoPLe’!!! [2]-[Diari]


Malamku yang sepi di kaki lima (bukan di jalan raya lah)…

Bergerak menuju ke Bangkok Bank, Astaghfirullah-al-azim, ramainya orang ‘homeless’ kat situ…mereka tidur bergelimpangan di kaki lima dan tangga.

Yang paling menarik simpatiku adalah seorang anak kecil yang kita akan panggil ‘baby’ yang tidur dalam keadaan yang tidak selesa langsung di kaki lima Bangkok Bank sambil dijaga oleh ibunya. Kisah ibu ini agaklah pelik bagiku. Beliau pernah diberi bantuan tapi tetap nak duduk di dunia luar bersama anaknya yang masih bayi itu.

Dekat situ juga dapat dilihat kasih seorang ibu terhadap anaknya, beliau duk kipaskan anaknya(yang dah besar panjang) agar dapat tidur dengan lena sedangkan beliau duk tak tidur lagi.

Teringat aku pada ibuku yang kasihnya dapat dilihat jelas saat anaknya berada dalam sakit… Kasih ibu ini lain dari kasih suami mahupun isteri mahupun sesiapa pun.

‘HomeLess People’!!! [1]



Dah lepas dah program SUKMA ’12. Tetapi baharu sekarang berkesempatan berkongsi … bukan Sukan Kebangsaan Malaysia! Tapi ia singkatan untuk Sukarelawan Muda (SUKMA). Berlangsung pada 19hb-20hb Mei ’12 di Masjid Jame’ Kuala Lumpur anjuran ABIM & JAWI.
Pergerakan misi dibuat pada waktu malam. Pada siang hari, kami didedahkan dengan ‘Penetapan Minda’, ‘Manual Kerja’, ‘Menghadam’, dan ‘Kemahiran Pemetaan’ Sosial secara teori dahulu.






Rasa-rasa korang, adakah TEORI = PRAKTIKAL???



Biasalah, TeoRi bila belajar mahupun didengar macam ‘KaCaNG’ je nak buat…

Sekali, bila ditugaskan buat dengan berbual mahupun mendekati pengunjung di Masjid Jame’ memang rasa amat payah sangat. Bagi saya amatlah payah. Rasa macam bersalah je dengan keluarga yang kami duk berbual. Mana xnya, rasa macam grup saya ni macam duk buat.....
|
|

Slot Terjah-Menerjah

Monday, January 28, 2013

Jodoh itu hadir seperti akan hadirnya Ajal


Cincin sudah di jari pemiliknya~~~

Ada yang tahu atau rasai si dia adalah jodohnya. Ada juga yang tidak tahu. Tapi akhirnya kahwin.

Seperti ajal yang hadirnya tanpa salam mahupun kad jemputan.. Hanya segelintir sahaja yang dapat ketahui bila ajalnya akan datang menjemput.

27hb Jan’13, ada bacaan yassin agar Hari Pertunangan PakCu ku pada 2hb Feb’13 berjalan dengan lancar.

Tak ku sangka, ingatkan akan bujang ke tua, Alhamdulillah akhirnya hidupnya bakal ditemani ‘Suri Hati’ yang InshaAllah jodohnya dunia dan akhirat.


PeSaNaN AkhIr

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan..............
Teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syurga tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah ruhku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar.........

(Ditulis oleh Sayyid Qutb sebelum menemui SYAHID)