Tuesday, January 29, 2013

‘HoMeLeSS PeoPLe’!!! [2]-[Diari]


Malamku yang sepi di kaki lima (bukan di jalan raya lah)…

Bergerak menuju ke Bangkok Bank, Astaghfirullah-al-azim, ramainya orang ‘homeless’ kat situ…mereka tidur bergelimpangan di kaki lima dan tangga.

Yang paling menarik simpatiku adalah seorang anak kecil yang kita akan panggil ‘baby’ yang tidur dalam keadaan yang tidak selesa langsung di kaki lima Bangkok Bank sambil dijaga oleh ibunya. Kisah ibu ini agaklah pelik bagiku. Beliau pernah diberi bantuan tapi tetap nak duduk di dunia luar bersama anaknya yang masih bayi itu.

Dekat situ juga dapat dilihat kasih seorang ibu terhadap anaknya, beliau duk kipaskan anaknya(yang dah besar panjang) agar dapat tidur dengan lena sedangkan beliau duk tak tidur lagi.

Teringat aku pada ibuku yang kasihnya dapat dilihat jelas saat anaknya berada dalam sakit… Kasih ibu ini lain dari kasih suami mahupun isteri mahupun sesiapa pun.




Next location PuDu SenTRal
On the way ke destinasi seterusnya memang mendebarkan dan menakutkan sangat especially bagi sukarelawan perempuan yang belia2 belaka di situ.

Kami ketemu sama a group of men yg drug-addict & tengah syok layan cucuk/hisap drugs…

Sebelum terlupe, kitorang duk jalan2 malam tu bukan duk lawat macam kami duk lawat Muzium or Aquaria… Of cozlah bawak MaKaNan yang pihak penganjur dah duk sediakan…

Perempuan, angpa sume jangan wat tak tau sudahlah… Mostly orang perempuan kalau dah syok sangat buat keje, depa akan automatik akan jadi pantas… What I mean over here is that , mostly grup perempuan dah mendahului pergerakan bersama dengan seorang ketua lelaki yang memang dah biasa dengan keja sukarelawan ni… Nasiblah brother tu terpaksa ikut ‘Pace’ pergerakan sister.

Cube korang bayangkan, niat memang baik nak bagi makanan kat orang tapi sekali tiba2, tinggal angpa sorang je kat kelompok drug-addicts tu nak bagi makanan & depa duk datang dekat kat korang sebab depa nak makanan tu cepat2…kalau aku dah duk rasa nak jerit je sekuat hati sebab takut…
Alhamdulillah bukan aku yang duk kena, orang lainlah, tapi aku turut sama rasai apa yang dirasai dia bila kena macam tu… (mana tak cuak jumpa drug-addict yang korang nampak ada darah kat badannya sebab baru saja duk ‘layan gian’…skali kena penyakit, na’uzubillah)

Alhamdulillah brother yang guide kitorang duk cepat2 p ke grup drug-addicts tu. Dia bagi cepat2 makanan & then sister tu pulak cepat2 keluar dari kelompok tu , kembali ke grup kitorang. [Pakat maen cepat2 sume jadinya].

Savior mlm tu...


Selesai je tugas, kitorang wat sesi berGamBaR dalam tengah2 kotaraya di Pudu SenTRal yang sibuk dengan cahaya+engine kenderaan yang lalu-lalang di sekitar situ.

On the way pulang, sume duk pakat2 singgah 7Eleven…mula2 sorang je yang duk singgah, sekali sume duk ikut…(nak majukan perniagaan 7E biasalah…huahua)

Malam tu memang dapat dilihat sebagai Ibrah
Erti Syukur itu harus ada dalam diri kita. Nikmat kurniaan-Nya yang tak terhingga, memang tak mampu dibalas walau seberapa banyak kali mahupun berapa lama kita beribadat kepada-Nya. Rahmat Allah SWT itu terlalu luas ke atas kita. Cuma kita je yang tak mahu BuKa Mata SelUaS-LuaSnya untuk melihat!

Muda2 dh berkecimpung dlm bidang ni.
Berani + Baik(Peramah)


Ada seorang sukarelawan(gambo yg kat atas ni) berkongsi kata-kata dari seseorang 

ANAK SEKOLAH TINGGI BERTINGKAT-TINGKAT
TAPI
BODOH BERLAPIS-LAPIS

Kata-kata ni berdasarkan kisah seorang bapa yang duk datang KL nak cari anaknya yang keje sebagai Guru & Arkitek. Si bapa ni duk cari anaknya disebabkan si Isteri tercinta duk rindu akan anaknya. Padahal anak-anaknya tu macam tak sayang je dengan Mak Ayahnya. Ye lah, kalau depa sayang & kenang budi Mak Ayah depa, tak perlu si Bapa duk cari mana anak-anaknya…Memang anak-anak tu akan duk pulang ke kampong jenguk Mak Ayah diorang.

No comments:

PeSaNaN AkhIr

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan..............
Teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syurga tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah ruhku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar.........

(Ditulis oleh Sayyid Qutb sebelum menemui SYAHID)