Tuesday, January 29, 2013

‘HoMeLeSS PeoPLe’!!! [3]



Tak terniat pun nak main tulis bersiri-siri ni… Dah panjang sangat yang ingin dikongsikan. Kalau den bagi sekali banyak, bukan sume larat nak baca sangat. PeRCaYaLaH~~~

Hidup mereka berbeza dengan kita. Yang kecil mahupun kanak-kanak ‘homeless’ tidak dapat merasai kebahagiaan kanak-kanak yang lain.

Tidur mereka beralaskan lantai sahaja ada, suratkhabar dan mungkin kotak saja. Kita tidur di atas tilam yang empuk. Kalau tidur atas lantai pun, tidaklah lantai rumah kita itu sekotor lantai yang di kaki lima. Rumah kita still tertutup dan tiada gangguan bunyi kenderaan. Tidur mereka ditemani bunyi kenderaan, asap mahupun udara yang tidak bersih.

Aku sendiri pun mungkin tak mampu hidup dalam suasana seperti mereka hidup.



AGEN PERUBAH???
Not EVERYONE can be it! Certain people maybe can only be an OBSERVER who do nothing’s to help.

Never look down on others! Who they are, only He Knows.

Sharing info regarding with homeless people who I interview with few of my friends
---Lebih senang dipanggil K.Ayu (41tahun). K.Ayu ni membesar dalam suasana sosial. Bicaranya seperti seorang yang insaf dan mahukan perubahan. Tapi kami di situ hanya mampu mendengar kerna kami tak mampu membantunya. Beliau ada juga berkongsi dengan kami agar mengamalkan bacaan Yassin setiap kali lepas bangun pagi agar dipermudahkan hari itu untuk bertemu & berbicara dengan orang . Agar Allah SWT berkati hidup kita.

Sejujurnya, mahu saja ku percaya setiap bait masalah mahupun cerita mengenai beliau itu. Tapi tidaklah ku percaya 100%. Jika aku tak percaya pun, aku hanya akan mengambil sebagai satu perkongsian dari seseorang yang perjalanan hidupnya berbeza dengan ku. Kami telah diberitahu awal2 oleh ketua misi sukarelawan bahawa, tak semua cerita mereka itu benar, ada saja yang mereka-reka cerita untuk dapatkan simpati.

K.Ayu ni bagiku sangat bagus. Beliau seperti seorang kakak FaSilitator yang sedang conduct slot LDK bersama kami. Komunikasi beliau sangat bagus. Sape nak cari promoter, boleh je amik K.Ayu ni keje sebagai promoter, gerenti laris jualan produk yang di promote!
Kelemahan bagi beberapa ahli grup ku yang duk sama interview K.Ayu ni adalah, ada yang duk luah perasaan mahupun masalah dirinya pada K.Ayu. Padahal, tugas kami adalah mendengar luahan dan cerita serta masalah mereka bukan sebaliknya. Manusia, kalau dah jumpa orang yang boleh dengar masalah mahupun luahan hatinya memang payah nak berhenti, tak pun memang payah untuk bergerak ke topik yang seterusnya…which mostly happen among the ladies.

So, everyone should take notes on professionalism character!

Nak jadi sukarelawan dalam scope dekati masyarakat bermasalah dari segi sosial ni, kita harus belajar ilmu Psikologi dan Sosiologi. Supaya apabila kita mendengar masalah mahupun luahan mereka, kita boleh kawal emosi kita dari segi mana apabila kita mendengar kisah yang teramat bercanggah dengan cara hidup kita takde lah kita duk menegur mereka dengan cara yang salah.
Biasalah, kalau dah perjalanan hidupnya sejak lahir berbeza dengan kita yang boleh dikatakan beruntung cume kadang-kadang tak tau nak hargai je nikmat yg diberi.

Manusia dicipta dari 7 jenis tanah. Sudah pasti, miliki perbezaan. Dalam perbezaan kita ni, ada satu persamaan yang akan menyatu padukan hati kita iaitu Allah SWT.

Hanya doa sahaja mampu ku beri pada mereka.

Di sekeliling kita pun ada masalah , apatah lagi di luar sana yang tak kita lihat lagi…



1st place, kteorg duk agih mknn

No comments:

PeSaNaN AkhIr

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan..............
Teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syurga tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah ruhku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar.........

(Ditulis oleh Sayyid Qutb sebelum menemui SYAHID)