Monday, December 23, 2013

Konvesyen Pendidikan TFTN Kali Ke-2

Konvesyen yang Pertama tidak berkesempatan untuk pergi. Akhirnya, hasil ajakan K.Amalina, aku sampai jua di sini. 
Antara sebab yang membuatkan aku 'excited' nak pergi bukan sebab MatLuthfi seperti yang di-war-warkan oleh beliau ketika slot beliau. Aku pergi sebab tajuk Konvesyen ini serta ingin mendengar slot Dato' Dr. Siddiq Fadzil. Tapi biasalah, sekali aku pergi, memang 'till the end' aku hadir. Kaki berat je nak tinggalkan Konvesyen ni awal.

Antara geng duduk depan bahagian kiri dewan. 
Stress juga bila duduk kat situ. Ada je kamera-'man' duk halang 'view'. Rasa nak tendang pun ada tapi tak sanggup pula. Kutnyer pun nak ambil gambar, kamera-'men' ni silalah pergi ke tempat yang tidak menghalang 'view' peserta ni. Halang sekejap tidak mengapa, tapi lama je dirinya.

Bersama-sama 'senior' duduk di hadapan (^_^)




Apa yang saya tulis di sini adalah tulisan ringkas yang saya mudah faham. Tidak mampu nak salin bulat-bulat pengisian konvesyen ini. Masing-masing(penceramah) 'restricted to the time limit'.



Kata-Kata Aluan dari En.Anas Alam Faizli 
-Masyarakat kini adalah masyarakat yang mementingkan diri sendiri, di mana tiada sikap peduli kepada masyarakat yang memerlukan. Setelah berjaya, mereka hanya meneruskan dengan hidup mereka sendiri tanpa mempedulikan orang lain.
-Apabila kita lihat kini, jurang ekonomi yang terlalu ketara apabila ada rakyat yang miskin serta yang kaya. Di sini, jurang ekonomi ini berpunca daripada jurang pendidikan itu sendiri.
-Pendidikan merupakan 'the only solution' pada permasalahan ekonomi kini.
-Tahun 2013, menggunakan tema CINTA.







Dato' Dr. Siddiq Fadzil - Cinta dan Pendidikan Solusi Banteras Kemiskinan


-Kita ini terlalu sombong sehinggakan tidak mengakui adanya Krisis Pendidikan yang sangat mencemaskan.
- Kerana sikap sombong itulah yang menyebabkan kita tidak ambil peduli.
- Kita terlalu memberi UJIAN daripada MENGAJAR
- Lalu kini kita sendiri boleh lihat hasilnya
   = 'People excellent without a soul'. Di mana orangnya bersaing mengejar kecemerlangan, dalam masa yang sama telah kehilangan roh.
   = Kita melahirkan orang yang BERJAYA tetapi TIDAK  BERPENDIDIKAN.
- Sekolah sudah gagal memberi Kasih Sayang yang sepatutnya pada Anak Murid.
- Sedangkan hubungan kekeluargaan itu perlu wujud di antara guru serta anak muridnya (boleh rujuk Surah Luqman, yang tertulis cara bicara Luqman kepada anak-anaknya)
- Beliau juga menekankan mengenai Rasulullah SAW yang sungguh kasih akan umatnya dan dekatnya Baginda dengan kita.
- Ada 10 pesan mengenai pendidikan yang disampaikan oleh Luqman, yang beliau mengelarnya sebagai 10 Rukun Pendidikan.
   = Kerna ianya pesan seorang ayah pada anaknya yang terkandung pesanan untuk kebaikan anak-anaknya tanpa ada maksud lain.
- Dengan pendidikan ini, seharusnya ia menjadi pendidikan yang Mencipta Pekerjaan bukan menghasilkan pendidikan yang Mencari Pekerjaan ataupun yang Mengemis Pekerjaan.
- Beliau juga membicarakan mengenai sewaktu kehendak rakyat yang impikan 'Free Education' sampai ke pemimpin, ianya diketawakan kerna ianya dikhabarkan akan menjadikan negara ini Bangkrap.
- Padahal, sistem pendidikan yang mahal bayarannya menjadikan Pendidikan itu untuk Orang Kaya Bukan untuk Orang Miskin.
- Perkongsian buku yang berjudul "Orang Miskin Tidak Bodoh". Beliau berkata, miskin kerana dimiskinkan serta bodoh kerna diperbodohkan oleh sistem.
- Manusia itu dilahirkan jahil tapi tidak bodoh.
- Sistem banteras kemiskinan harus bersikap positif dalam membangunkan masyarakat.
- 'Poor people are 'bonsai' people'
   = Miskin kerna di'Bonsai'kan dengan sistem pendidikan...

YB Nurul Izzah - Pendidikan Masa Hadapan Demi Malaysia Yang Lebih Baik




- Jujur dan Berani.
- Jujur dalam memberi kritikan serta berani dalam melontarkan suara dalam memperbaiki sistem pendidikan.
- 'We can see from other country, they use their own native language and they succeed in Sciences and Technology.
- Di awal pelaksanaan PPSMI, beliau sudah mengeluarkan pandangan yang beliau tidak setuju.
- Beliau menyampaikan lagi, kesan kualiti sistem pendidikan kini akan dirasai oleh anak-anak kita.
- Statistik kecemerlangan Matematik  dan Sains (PPSMI) kian merundum bukan meningkat.
- Petikan ayat dari..., 'To teach a children, we need to use their language as a medium in teach them the knowledge'.
- Dengan adanya, 'National Ranking' ini, ianya membantu kita ketahui sistem pendidikan Malaysia dalam keadaan apa dan bagaimana.
- PMR di Malaysia menyamai Darjah 5 di Singapura serta Korea Selatan. (terkejut tak?? Maknanya lambat betul aku jadi pandai)
- Petikan dari..., 'There's are 3 things need to be do in order to improve the Education System in Malaysia, which are :-
                                    1. Decentralization of Education System
                                    2. Desecularisation
                                    3. Quality of the teachers need to be improve
- Sistem pendidikan ini perlu menjadi siste yang "independence" bukannya "dependant".
- Bebalism (Syed Husin Al Attas)
  = Sikap sombong harus dihakis dalam diri serta harus jujur dan berani demi masa depan anak-anak kita...
- Seorang pensyarah Kent Robinson (ni tak tahu betul ke tidak ejaannya, tulis ikut bunyi je), "Setiap seorang mempunyai bakat yang asli yang luas". 
- Scholar Nigeria, Malik b Nabi (ni pun tak tahu betul atau tidak ejaannya) bicarakan :-
   1. Can be A Muslim but Uncivilized
   2. Can be A non-Muslim but Civilized
- Pendidikan ini merupakan penyelesaian masalah dunia serta agen perubahan yang paling berkesan.

#Komentar ku
Akhlak kita adalah hasil pendidikan yang kita peroleh. Aplikasi ilmu itu.


Mat Luthfi - Memperkasa Media Sosial dan Pendidikan

Awal-awal tengok, macam kenal je K.Norziati ni..Baru teringat kolaborasi program IYC dengan Klasika Media.

- Kelebihan mahupun kekurangan setiap kumpulan-kumpulan(persatuan mahupun kelab) yang ada adalah berbeza.
- Masing-masing memainkan peranan yang saling melengkapi untuk memenuhi keperluan masyarakat.

#Komentar ku 
I agree with his statement. Sometimes, I do tired with people who only know to condemn things as they think they are right and we are wrong.
I didn't look down on other societies or any NGOs as we all are compliment everything need by the people.
The only thing that I dislike the attitude of others who ignore the help of other people with the statement that they are the one that start with That Idea. To me that people lack of Idea but only know how to COPY others and CLAIM it was belongs to them.


Zul Fikri - MAZHAB CINTA DALAM PENDIDIKAN

Awal-awal tengok tajuk, ingatkan ada Mazhab lain selain daripada 4 Mazhab Sunni

- Peruntukan Belanjawan Negara untuk Pendidikan
  = RM 30 Billion 2010
  = RM 29.3 Billion 2011
  = RM 50 Billion 2012
  = RM 38.7 Billion 2013
  = RM 54.6 Billion @ 21% daripada keseluruhan adalah untuk 2014.
- Beliau memetik bicara Dato' Dr Siddiq, 'Kita Berpelajaran tapi tiada Pendidikan'
   = Kerna kita mengambil pendidikan itu sebagai HASIL bukannya PROSES
- Negara Maju adalah negara yang menjadikan pendidikan itu sebagai PROSES
- Mazhab Cinta - 1. Persaingan di kalangan anak-anak harus dihentikan
                             2. KEMANUSIAAN itu harus dibawa dekat pada HATI
                                 = Zaman kini, kebanyakan kita melihat dengan pandangan HARTA
- Kita seharusnya berFUNGSI dengan MEMPERKASAKAN sistem yang ada
- etc...notes seterusnya, aq salin utk K.Amal...
                         

K.Husni, tabah menjadi teman aku sehingga ke petang
Slot Selebriti - Keindahan Beraktiviti Sosial
Takde gambar yang okay..makanya tidak di letak di sini

Loque (betul ke ejaan, aq tak tahu)
- Bahasa Melayu kian pupus di kalangan kita
- Kita harus naikkan martabat bahasa
- Seni muzik beliau, beliau menekankan penggunaan bahasa
- Beliau melakukan 'diffusion of the music of the western with the Malay'. Di mana evolusi muzik harus ada mengikut perubahan zaman. Tetapi dalam melakukan evolusi beliau menekankan, yang lama tidak dipinggirkan.
- Yang lama itu merupakan lambang mahupun identiti kita.
- Semangat Nasionalisme kita tidak sama seperti negara seberang
- Nasionaliti tiada dalam hati kerna sudah lupa. Lupa dek terlalu enggelam dengan budaya Barat.

Sasha Saidin
- volunteer is the ambassador as they help other people
- the children need help as they felt that they have nobody
- Other people actually know English, is just that they don't have the confidence to speak out


#Komentarku
- Regarding about English. We can see that Sasha speak fluent English because of her family way of life in teach her to speak since small. No matter what, she knows to speak Malay.
- Mengenai bicara Loque, kebanyakan mereka yang graduan luar negara, lebih senang bicara English daripada Bahasa Melayu. Kerna bagi mereka, 'English make it easy for them to express their feeling nor thought. I won't deny this part, as to me too, English is make my word easy to be spoken out. Anyway, I still know to speak Malay as it is my mother tongue.'


Anak Muda dan Masyarakat

Moderator
- Petikan ayat (...) , ' Jika ingin menghancurkan sesuatu bangsa, maka hancurkanlah anak mudanya

Fathi Aris (panel)
- Anak Muda ini
   = Tiada kepentingan yang berat
   = Lebih mudah menyuarakan pandangan
   = Semangat aktivisme yang berkobar
- Dalam proses belajar, jangan segan untuk bersuara

Dr. Maszlee (panel)
- Sekarang aktiviti yang dilakukan hanya ingin memenuhkan laporan tahunan dalam Mesyuarat
- Aktivism, bersumberkan ideologi
   = Kita nak ubah masyarakat ke arah kebaikan
- Pentingnya Aktivism dengan Idealism
   = Melahirkan masyarakat yang Peduli akan Masyarakat
- Agama Islam itu sendiri PUNCA ASAL serta AKHIRnya adalah untuk mengangkat Martabat Manusia
- ...

Lain kali, moderator ni kita panggil jadi panelis juga
Moderator bukan bidang beliau :)

Waktu ini, aku berterima kasih pada kamera yang menyumbangkan cahaya sehingga menjadikan gambar yang aku 'snap' ni terang



Serba sedikit gambar yang saya ambil dari beberapa volunteer

Kredit kepada Fatimah

Kredit kepada Fatimah

Budak comel aku jumpa kat surau.Alhamdulillah senyap je budak ni. Berkat majlis ilmu kut


#Komentar Keseluruhan ku

Negara Malaysia ini kurang penyatuan. Beberapa parti politik terlalu takut mahupun malu mengaku kalah. Aku tidak bicara meminta para politikus ini Mengaku Kalah dengan menyuruhnya turun Takhta. Tapi ku mahu politikus itu berganding bahu dengan Kebenaran demi Kebaikan Umat.
   Tapi apabila mereka takut, yang menerima kesan pilihan mahupun pelaksanaan undang-undang mereka adalah rakyat itu sendiri.
   Seorang senior ku ada bertanya, Kebanyakan Ahli Politikus kita ini Lulusan Apa??? Tak pernah ku erfikir mahupun tertanya pada diriku. Lalu beliau menjawab, kebanyakan mereka lulusan UNDANG-UNDANG.
   Pelik tak??? Mereka lebih arif dalam Undang-undang. Tapi mereka masih beraksi mahupun berlakon seperti orang yang bukan lulusan Undang-Undang (pakai ayat baik, kalau pakai ayat tak baik, kurang ajar pulok).

They manipulate the people with their authority of power. While they forget where the power comes from???

*Semoga Allah permudahkan ku untuk menerima Nasihat. Imam Al-Ghazzali  bicara dalam Ayyuhal Walad, nasihat itu memang pahit untuk ditelan.

No comments:

PeSaNaN AkhIr

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan..............
Teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syurga tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah ruhku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar.........

(Ditulis oleh Sayyid Qutb sebelum menemui SYAHID)