Tuesday, October 21, 2014

Cabaran Pendidikan Dalam Era Globalisasi- Dr Mastura



Dr. Mastura Binti Badzis

“Cabaran Pendidikan Dalam Era Globalisasi
 
Pengisian Tazkirah oleh Farhan Zamziba

-          Konsep usrah umum. Ianya bermula di aplikasikan pada waktu kepimpinan A.Amirul Mukminin. Usrah umum untuk kita memahami ilmu dari pelbagai bidang.

-          Kita belajar untuk mengimbangi ‘role-play’ sebagai pelajar serta penggerak jemaah.

-          Akan mampu punyai pemikiran yang lebih kritikal dari aspek menghubungkaitkan Ilmu Sains dengan Islam itu sendiri. Belajar memilih mahupun menapis ilmu yang baik serta betul berdasarkan kelebihan yang mampu diberi pada masyarakat.

-          Perkongsian ilmu dari orang yang lebih arif agar kita dapat ilmu dengan cara yang betul.

-          Belajar mencari ilmu bukannya ilmu itu datang kepada kita. Seperti mana syurga mahupun kawan perlu di cari.


Pengisian Tazkirah oleh Qaff

-          Setiap perkongsian ilmu mahupun isu yang dibincangkan kita belajar cakna dengan isu tersebut agar mampu berfikir dengan lebih kritis.

-          Sebarkan apa yang kita tahu dan beri pada orang lain. Agar semua merasa.

-          Pertolongan itu hadir dari-Nya yakni saat kita membantu orang sebenarnya kita dihantar oleh Allah untuk membantu orang yang perlu.


Pengisian Tazkirah oleh Lukman

-          Hari ini banyak isu-isu yang berlegar di sekeliling kita. Tajuk Usrah malam ini, apa yang terbayang dalam minda kita apabila membaca tajuk ini?

-          Isu pendidikan yang sekarang , PT3.

-          Pelajar atau murid sendiri harus cakna dengan isu pendidikan jua. PT3 bawah
tanggungjawab kerajaan. Apa yang di bawah tanggungjawab pelajar?

-          Apa yang kita belajar ada kita menghubungkaitkannya dalam kehidupan kita?

-          Bidang kita sendiri, adakah boleh dihubungkaitkan dalam kehidupan kita atau kita hanya belajar untuk mencapai keputusan ynag tinggi atau kejayaan.

-          Kita belajar apa jua ilmu dalam masa yang sama kita tingkatkan keimanan kita pada Allah.

-          Belajar sambil mengaitkan apa jua ilmu dengan kebesaran Allah.

-          1. Bagaimana sesuatu kita pandang dari sudut Islam?
-          2. Apa yang kita belajar itu dapat menyumbang pada Islam itu sendiri atau tidak?

-          Allah tidak memerlukan kita untuk menaikkan Islam tapi kita yang memerlukan diri kita untuk menaikkan Islam itu sendiri.

-          Apa sahaja pencapaian dalam setiap bidang, secara tidak langsung kita akan menaikkan nama Islam itu sendiri.


Dr. Mastura

-          Isu pendidikan adalah isu ummah. Satu isu yang semua orang harus ambil peduli.

-          Kalau sebut pendidikan, orang yang akan melihat, sekolah, universiti.

-          Di Kuliyyah Edu, kalau ditanya bagi sesiapa yang ambil pendidikan, hanya akan jadi cikgu.

-          Tapi kalau di Jepun, semua akan ambil pendidikan tidak kisah apa jua bidang yang diambil pasti akan ambil juga bidang pendidikan. Kerna mereka ingin belajar untuk mendidik keluarga mereka sendiri.

Setiap orang harus menyampaikan sesuatu.
-          Sebagai ibu, dia akan didik anak-anaknya. Sebagai seorang dai’e dia akan didik mad’u-mad’unya. Pendidikan ini sangat luas.

-          Ibn Khaldun – Dianggap sebagai ahli psikologi, sejarawan, sosiologi, Tokoh Pendidik juga. Dalam Buku beliau ada menyebut soal pendidikan . Dalam penulisan beliau, ada menekankan, sesuatu yang penting dalam pembangunan sesebuah tamadun adalah pendidikan. Beliau menekankan pembentukan tamadun bermula dari keluarga, pembentukan sesuatu keluarga bermula dari seorang kanak-kanak. Bagaimana kita mendidik anak-anak, begitulah kita akan membentuk tamadun. Keruntuhan sesuatu tamadun kerna anak-anaknya rosak, yakni keluarga pun rosak maka tamadun pun rosak.

-          Learning theory, learning happen when there’s changes happen.(Barat). Tidak kisah sama ada positif mahupun negatif.


-          Tapi bagi kita apabila disebut Anjakan Paradigma, kita pasti ingin lihat sesuatu perubahan yang baik. Kalau di university perubahan yang ingin kita lihat adalah ,pemikiran, kematangan, harus dipraktiskan dalam kehidupan yaki di aplikasi. Perubahan secara menyeluruh, bukan hanya dipraktiskan dalam kelas bukan di dunia luar.

-          Anjakan paradigma harus diterjermahkan dalam tatacara kehidupan kita. Apa yang kita buat berdasarkan ilmu yang kita pelajari.

-          Pendidikan ini akan melahirkan insan yang dinamik dan inovatif. Bermaksud bersepadu, menyeluruh…

-          Bagaiman dikatakan dinamik serta inovatif dalam semua aspek dalam kehidupan.

-          Ta’alim, proses transfer the knowledge which it doesn’t matter whether the receiver understand or not nor apply it or not. Hanya mengajar sahaja tanpa ambil kira siapa audiens mahupun penerima. Dirinya hanya akan menjadi sekadar pendidik. Orang pendidik yang hanya mengajar subjek bukan mengajar orang. Diibaratkan dirinya hanya menganggap manusia sebagai robot.

-          Tapi apabila kita mendidik manusia, kita harus tahu apa ciri-ciri manusia. Ciri-ciri manusia, ada emosi, ada kebolehan, berbeza antara satu sama lain, ada latar belakang yang mempengaruhi keupayaannya.

-          Perkara ini yang jadi di sekolah. Cth; anak murid hanya dipinta untuk hafal sahaja tanpa di ajar untuk memahami sesuatu ilmu.

-          Diibaratkan seperti burug kakak tua. Kerna tidak dapat membezakan mahupun berfikir mengenai apa yang dipelajari.

-          Apabila hanya perkara ini di aplikasikan, tiada satu anjakan paradigma yang akan berlaku (positif)

-          Ta’dib, mendidik dengan akhlaq. Pendidikan berlaku dalam pembentukan sahsiah. Ilmu yang didapati dapat membentuk dirinya.

-          Cth; kalau kita belajar tentang ‘theory engineering’ dapat membantu kita menjadi seorang professional serta menggunakan ilmu itu pada perkara yang membantu ummah.

-          Sekarang kita bicara soal manusia.

-          Harapan kita untuk melahirkan masyarakat yang progresif, tapi kita tidak ambil peduli soal kefahaman ilmu serta aplikasinya.

-          Kalau kita hanya belajar dan hafal sahaja, pasti akan cepat dilupai.

-          Ilmu dalam konteks Islam, adalah untuk dipelajari, difahami dan dilaksanakan dalam konteksnya yang sebenar(positif).

-          Jikalau pendidikan menjadi pincang yakni tidak melibatkan proses ta’dib, tiad aperubahan yang akan berlaku. Tiada perkembangan dan tidak mampu untuk di aplikasikan.
-          1. Tidak mampu untuk difahami
-          2. Tidak mampu nak hasilkan sesuatu memberi perubahan pd ummah yang mampu.

-          Apa yang berlaku sekarang soal “Sentuh Anjing”. Orang yang menganjurkkan, mungkin dia belajar ilmu mengenainya tapi tidak fahaminya dengan baik.

-          Apabila kita hanya menghafal, kita tidak akan tahu untuk menggunakan ilmu tersebut.

-          Modal Insan – memberi manfaat kepada orang lain. Ciri-ciri yang perlu ada untuk kita memberi manfaat pada orang lain, kita harus punyai ilmu dan amal.

-          Ada sebuah negara yang punyai kekayaan semula jadi, tapi dek kerana tiada modal insan akhirnya negara itu hancur, cth;negara teluk.

-          Negara yang ada modal insan, cth;Holland… Tapi mereka mampu membina perindustrian kilang minyak kelapa sawit tanpa di negaranya punya pokok kelapa sawit.

-          Negara yang punyai modal insan, mampu kuasai ekonomi dunia. Tapi negara yang kaya dengan hasil bumi, kekurangan modal insan.

-          Dalam konteks pendidikan, ada 2 anasir utama;
-          1. Anasir umum ; yang mengelilingi hatta yang mempengaruhi . cth,  udara, persekitaran, tatasusila masyarakat, kepercayaan,
-          2. Anasir bersifat khusus; yang memberi kesan secara tidak langsung pada pendidikan seseorang individu.

-          Pendidikan itu sangat luas, apa yang kita faham dari pengalaman yang kita ada.

-          Apabila kita hantar tugasan lambat, lalu lecturer potong markah kita. Ini juga satu pendidikan. Apa yang kita pelajari? Kita tidak akan menangguh tugasan kita, yakni akan menyiapkan seawal yang mungkin dan menghantar sebelum tarikh yang dipinta.

-          The real knowledge we will have, depends onto the process ta’dib. As we learn to be punctual. To done the work given before due date means to submit according to the dateline.

-          Ta’dib itu bukan akademik tapi sahsiah. Yakni yang boleh mengubah kepada kebaikan. Tapi itulah yang menjadi masalah pendidikan kini yang lebih memfokuskan pada akademik.

-          Ciri-ciri generasi X & Y > Semua benda nak cepat, yakni tidak akan melalui beberapa proses.

-          Contoh; ada kanak2 yang makan tanpa tumpah? Apabila kita merasai sesuatu kejatuhan, pasti kita akan merasai erti kehidupan.

-          Generasi X & Y dikelilingi oleh tembok-tembok batu kerna mudah mendapati sesuatu melalui internet. Tapi akan menjadi masalah, apabila mereka berhadapan dengan sesuatu perkara yang abstrak, mahupun konsep. Bagaimana boleh mereka fahami? Terjadinya isu ‘Sentuh Anjing’.

-          Apabila terlalu dengan gadget, kita tidak boleh keluarkan idea yang konkrit. Kita hanya menjadi seperti mesin Photostat sebab tidak mampu mengaitkan sesuatu tapi hanya mampu ‘copy paste’.

-          Buku-buku rujukan yang kebanyakan ditulis di luar, tiada nama ‘Scholars Islam’.

-          Di akhir zaman Abasiyyah sebelum penjajahan Mongol. Para-para sarjana dan cendekiawan, telah dihantar untuk menterjermah buku kepada bahasa asing. Diterjermahkan kepada bahasa Latin.

-          Pendidikan bukanbermula dari kelas. Tapi bermula dari awal yakni waktu kecil.

-          Mengikut kajian pakar neurologi. 80-85% perkembangan otak yang pesat berlaku dalam tempoh 6 tahun yang pertama sahaja. Dalam umur 7-18 tahun hanya 15-20% sahaja.

-          Psikopatologi, belajar ‘deviant delinquency’,  ‘different behavior’. Contoh; apabila pengkaji bertemu dengan mat rempit, akan melihat apa yang berlaku pada peringkat 6 tahun pertamanya. Apa yang alami dalam tempoh 6 tahun pertama ini, kanak-kanak mampu untuk serap mahupun alami dan ia akan kekal.

-          Manusia yang kita perlukan adalah manusia yang memberi manfaat pada masyarakat dan mampu membawa perubahan.


Sesi Persoalan (Jawapan sahaja)

1.       Apa pun sebenarnya ia akan kembali pada pemimpin kerna itu yang menentukan corak sesuatu organisasi. Dari aspek kompetensi, berbalik pada isu pendidikan. Kalau kita belajar tinggi mana dalam konteks kita hafal, tanpa fahami dan praktiskan dalam kehidupan, tiada makna langsung. The problem is in the form of implementation. Contoh; jika kita memilih pekerja yang punyai sahsiah yang baik pasti mereka mampu menyenangkan pelanggan kita disebabkan sahsiahnya.

2.       Academic freedom. Dalam banyak perkara kita kena ada prinsip. Ini yang disebut sebagai, ‘Affirmitive Skill’, kebolehan untuk kata Yes or No. Tapi elakkan menjadi seseorang yang bersemangat lebih daripada ilmu. Ada batas untuk bersemangat. Yakni Ilmu itu harus diutamakan.


3.       Yakin dengan janji Allah. Usrah dan jemaah itu penting untuk mantapkan diri. 

No comments:

PeSaNaN AkhIr

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan air matamu
Maka di atas tulang-tulangku yang hancur luluh,
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan..............
Teruskanlah perjalanan ke gerbang jaya

Saudara!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syurga tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungnya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi

Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah ruhku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelana di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar.........

(Ditulis oleh Sayyid Qutb sebelum menemui SYAHID)